Pilih Variasi Kebun Mini Yang Anda Mahu
Anda teringin mempunyai kebun sendiri di rumah, namun tempat terhad?
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Sumber : Container Gardening
Anda teringin mempunyai kebun mini sendiri di rumah? Tetapi tidak pernah ada pengalaman bercucuk tanam dan tiada kawasan yang luas?
Jangan risau. Gunakan bekas-bekas yang ada di rumah anda dan bentuk kebun mini anda sendiri.
Penggunaan bekas untuk menanam tanaman dipanggil ‘container gardening’. Banyak jenis tanaman sesuai ditanam di dalam bekas seperti bunga hiasan, herba, kaktus malah sayur-sayuran juga.
Container gardening sesuai untuk kawasan yang sempit selain dapat mengurangkan risiko penyakit bawaan tanah. Masalah berkaitan rumpai juga dapat dihindari. Anda boleh mengubah posisi kebun mini anda jika mahu kerana penanaman dalam bekas adalah mudah alih.
Jom tonton video ini untuk dapatkan idea mengenai pilihan bekas yang boleh digunakan untuk menanam tanaman yang anda mahu.
Dah dapat idea tentang kebun mini anda tetapi masih risau kerana tidak pernah bercucuk tanam? Video seterusnya ini memberikan anda beberapa tips yang boleh digunakan untuk container gardening yang anda mahu cuba.
Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan idea kebun mini anda dengan rakan.
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.