Pindah Tanam Anak Pokok Cili

Langkah-langkah proses pindah tanam anak pokok cili.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Di dalam artikel sebelum ini kita belajar proses penyemaian biji benih cili. Sebelum anak pokok cili melalui proses pindah tanam, anak pokok tersebut perlu membesar di dalam dulang semaian atau polibag semaian kecil selama sebulan.

9

1 (Hari 14) Anak pokok dan 2 daun yang pertama.

Pautan Panduan Tanaman Cilibangi

  1. Proses Penyemaian Biji Benih
  2. Pindah Tanam Anak Pokok
  3. Pemangkasan Tunas Air Pada Dahan Utama Cili (Single Stem Training)
  4. Panduan Semburan Kawalan Serangga Elak Serangan Serangga Perosak
  5. 6 Langkah Membuat Tiang Sokongan Pokok Cili
  6. Pembajaan Yang Teratur

2 (Hari 15 – Hari 32) Teruskan menyiram anak pokok 2 kali sehari (pagi dan petang), pindahkan kedudukan dari teduhan kepada bawah cahaya matahari. Ini bertujuan meningkatkan pertumbuhan anak pokok cili yang sihat. Pastikan rutin menyiram pagi dan petang ini tidak diabaikan bagi mengelakkan kelayuan.

 

10

3 (Hari 21) Anak pokok dan 4 – 6 daun.

11

4 (Hari 30) Anak pokok dan 8 daun sedia untuk dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.

 

12

5 (Hari 31) Sediakan pasu berisi 1/3 tanah.13

- Iklan -

6 (Hari 31) Lubangkan bahagian tengah pasu dengan menggunakan skop.

16

 

7 (Hari 31) Pindah dan tanam nak pokok di dalam lubang tersebut.

17

8 (Hari 31) Tambah tanah sehingga memenuhi 2/3 pasu.

18

9 (Hari 31) Ratakan segenggam atau 50 g Cilibangi Food Diet (CFD) di permukaan tanah.

 

10 (Hari 32 dan seterusnya) Teruskan siraman 2 kali sehari (pagi dan petang). Ini adalah penting, kerana pokok cili bukan seperti tanaman pokok bunga. Cili adalah tanaman sayuran yang sangat memerlukan penjagaan air.

 

18

11 Teruskan pembajaan dengan segenggam CFD atau 50 g pada kadar kekerapan 2 minggu sekali.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

3 Komen
  1. Nur Hayati berkata

    السلام عليكم ورحمةالله وبركته
    Tuan
    Apakah jenis tanah yang sesuai? Saya telah membeki tanah berbaja dari nurseri, boleh kah guna tanah tersebut? Jika boleh adakah masih perlukan baja seperti tuan sebut di atas? Pekerja nurseri mencadangkan saya menggunakan baja tahi ayam. Cukup kah baja tahi ayam sahaja atau masih perlukan baja lain yang tuan sebut di atas?

    Saya tak jumpa CFD dalam senarai produk, bagaimana mendapatkannya?

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam.

      Puan Hayati yang dihormati,

      Mohon maaf atas kelewatan komen.

      1. Tanah yang sesuai adalah tanah campuran 3 : 2 : 1. Ini adalah nisbah yang merangkumi 3 top soil, 2 bahan organik seperti najis haiwan, 1 pasir.

      Tanah campuran di nurseri boleh juga digunakan Puan.

      2. Baja tahi ayam boleh digunakan, namun khuatir ada unsur nutrien yang tidak mencukupi untuk pokok. Perlu baja tambahan. Puan boleh guna baja NPK atau baja AB atau baja organik yang lain.

      Jika puan tidak mahu baja selain dari baja AB atau NPK, saya sarankan penggunaan foliar semburan “Plant Booster”.

      Baja ini adalah organik dan disembur pada keseluruhan pokok. Kekerapan seminggu sekali.

      Puan boleh buat sendiri di rumah dengan bahan-bahan yang memang puan gunakan di dapur. Boleh rujuk di artikel berikut: https://www.cilibangi.com/blog/live-video-cara-membuat-bio-booster/

      3. Baja CFD dihentikan penjualannya atas faktor kesukaran mendapatkan bekalan baja tersebut. Jika puan mahu juga menggunakan baja organik, boleh gantikan dengan baja organik yang lain.

  2. Dominic loki berkata

    Baja cfd nak dapat kan bagaimana ya cara nya