Repellente 3 Menghindar Serangan Lalat Buah

Repellente 3 merupakan produk penjagaan tumbuhan keluaran Cilibangi yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti ekstrak daun semambu dan beberapa herba lain yang menjadikan sifatnya menghindar serangan serangga.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Lalat Buah Serang Cilibangi

Repellente 3 merupakan produk penjagaan tumbuhan keluaran Cilibangi yang diperbuat daripada organisma hidup seperti bakteria baik yang menjadikan sifatnya lebih kepada penghindar serangga.

Kawalan serangga yang bersifat kawalan biologi atau Biological Control ini mampu mengawal dari peringkat larva lalat buah yang menghuni di dalam buah cili tersebut.

Cara Lalat Buah Membiak Dengan Bertelur Di Dalam Buah

Secara ringkas, lalat buah betina akan menyuntik telur ke dalam buah cili yang baru mencecah 1 inci. Dari hari ke hari, buah cili membesar dalam masa yang sama telur yang disuntik ke dalam buah tersebut turut menetas.

Larva yang telah menetas tadi, akan mula memakan isi cili dengan sangat rakus. Jadi antara kesan yang didapati untuk mengesan kehadiran larva ini adalah buah menjadi busuk dan lembik sebelum tempoh tuaian dilakukan.

Namun, jika saudara menunggu dan baru mengambil tindakan setelah menyedari buah cili tersebut telah pun membusuk dan lembik, ketahuilah sebenarnya sudah banyak telur-telur dan larva yang berada di dalam buah cili lain yang masih hijau.

Tiada cara lain, langkah pencegahan awal adalah jalan yang terbaik. Caranya dengan mengawal kehadiran lalat buah dewasa di dalam kawasan penanaman.

Bagi aplikasi kepada pokok cili, produk ini sesuai digunakan setelah buah cili mula berputik sehingga buah cili mencapai kematangan dan sedia untuk dituai.

Semburan larutan ini dapat menghalang serangan lalat buah yang menjadi serangga pemusnah kepada buah yang akan dihasilkan.

Penggunaan Perangkap Lalat Buah Tidak Digalakkan

Syarat yang lain, pemasangan perangkap lalat buah adalah tidak digalakkan. Ini kerana bahan aktif (Methyl Euganol) yang mirip seakan bau feromon (sejenis hormon) yang dilepaskan oleh lalat buah betina yang akan menarik perhatian koloni lalat buah jantan.

Feromon atau dalam bahasa Inggeris dikenali Pheromone ini dilepaskan oleh lalat buah jantan atas tiga sebab:

- Iklan -

  1. Ada sumber makanan
  2. Wujudnya tempat perlindungan
  3. Tujuan pembiakan

Umum mengetahui, lalat buah yang terperangkap di dalam botol tersebut adalah lalat buah jantan, manakala yang bebas menyuntik telurnya ke dalam buah adalah lalat buah betina.

Adakah dengan memasang perangkap lalat buah akan membantu menyelesaikan masalah serangan lalat buah? Sudah tentu tidak.

Bahkan, ia menjadikan situasi bertambah buruk.

BACA: Mengapa Buah Cili Anda Jadi Busuk Sebelum Sempat Dituai

Produk kawalan serangga Cilibangi, Repellente 3 boleh diperolehi dalam pakej yang berbeza iaitu penyembur sedia digunakan, dan pek pati.

Repellente 3 (70g)

Cara penggunaan Repellente 3 juga bergantung kepada tujuan aplikasi.
Gunakan semburan Repellente 3;

  1. Seminggu sekali bagi tujuan pencegahan, atau
  2. Gunakan semburan ini sekali setiap dua hari sehingga semua parasit atau serangga hilang.

Mahukah Tuan/Cikpuan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Ektrak semburan ini juga sesuai digunakan pada pokok-pokok selain daripada pokok cili.

Saya Mahu Repellente!


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.