Di dalam panduan ini, kami sertakan panduan bergambar cara tanam pokok cili, bermula pada peringkat semaian benih cili sehingga proses pindah tanam anak pokok.
Projek ini menggunakan kaedah konvensional iaitu dengan menggunakan medium tanah, polibag dan baja kimia. Baja yang digunakan adalah baja NPK daun (15:15:15) dan baja NPK buah (12:12:17).
Bilakah masa sesuai untuk memindah anak benih setelah ia bercambah? Jom kita kenali tip-tip agar anak benih kita berada dalam keadaan baik untuk membesar.