Teknik Pemberian Baja AB Pada Anak Pokok Cili Besar Atau Cili Api

Pemberian baja AB pada anak pokok cili besar atau cili api ini sangat penting. Ini kerana proses semaian adalah paling asas dalam aktiviti penanaman fertigasi.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Pendedahan baja AB pada anak pokok cili ini boleh dilakukan pada peringkat semaian. Proses semaian adalah proses yang paling asas dan menentukan berjaya atau pun tidak saudara menanam sesuatu jenis tanaman.

30 hari, tempoh yang diperuntukkan untuk anak pokok cili menjadi matang sebelum boleh dipindahkan ke dalam polibag. Kebiasaannya, pada umur pokok 30 hari selepas semaian ini, kita dapat perhatikan anak pokok mempunyai 6 ke 8 daun, termasuk daun benih.

Anak Pokok Cili Dalam Rumah Semaian
Anak Pokok Cili Dalam Rumah Semaian

Baja AB adalah baja asas yang diberikan dalam proses penanaman fertigasi cili. Terdapat pelbagai formula baja cili fertigasi yang dikongsikan di laman media sosial.

Pengalaman kami, formula baja AB fertigasi ini sesuai baik untuk baja cili padi mahu pun untuk cili besar.

Teknik Semaian Benih Cili

Jika saudara masih tidak jelas bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan teknik semaian yang betul, boleh rujuk di dalam artikel Cara-cara Menyemai Benih Cili Dalam Dulang Semaian.

Saudara juga boleh rujuk Video Semai Benih Cili Dalam Dulang Semaian untuk langkah demi langkah teknik semaian yang kami amalkan dalam setiap aktiviti penanaman.

Ok, selepas semua proses percambahan berjalan lancar, saudara sepatutnya akan melihat tunas-tunas baru pada permukaan peatmoss di dalam dulang semaian seperti berikut:

Benih Cilibangi Bercambah

Biasanya paling cepat kita boleh nampak percambahan tersebut berlaku seawal 5 hari selepas semai. Jika tiada apa-apa perubahan pada 5 hari, pada hari ke-7 sepatutnya sudah bercambah.

Jika masih tiada juga kesan percambahan, barangkali ada beberapa teknik semaian yang kita tidak lakukan atau memang masalah berpunca daripada kualiti benih.

Kaedah Pembajaan Baja AB Anak Pokok Fertigasi Cili

Ada persoalan yang saya dapati kerap ditanya, 

Macam mana cara pembajaan anak pokok cili dengan baja AB?

Kesilapan pemberian baja AB fertigasi yang dilakukan pada peringkat anak pokok ini biasanya ada dua:

  1. Kepekatan yang tidak sesuai
  2. Kaedah pemberian, melalui semburan atau siraman

Untuk perkara 1, anak pokok cili sebenarnya tidak memerlukan baja pada peringkat awal. Ini kerana medium peatmoss yang kita guna sudah mempunyai sedikit nutrien.

Namun, apabila umur pokok mencecah 15 hari selepas semai, kita sudah boleh mula dedahkan anak pokok dengan baja AB. Hanya pada waktu pagi sahaja pemberian baja AB dibuat.

Pada waktu petang, kita hanya berikan air kosong sahaja. Berkenaan kekerapan, pemberian baja AB ini boleh dibuat bermula hari 15, setiap hari sehingga sebelum hari pindah tanam.

- Iklan -

Bermakna bermula hari 15 sehingga pokok berumur 30 hari, setiap pagi kita berikan baja AB ini.

Kadar Kepekatan Baja AB Pada Anak Pokok Cili

Bagaimana pula dengan kaedah pemberian air baja AB tersebut? Melalui semburan atau rendaman?

Bermula hari selepas percambahan sehingga umur pokok mencapai 14 hari, siraman air kosong setiap pagi dan petang akan dilakukan. Boleh gunakan air paip dengan syarat menggunakan semburan kabus seperti berikut:

Siraman air kosong pagi dan petang, setiap hari sehingga umur pokok 14 hari.

Namun, selepas pokok mencecah usia 15 hari, pemberian air baja AB sudah boleh didedahkan kepada anak pokok dengan kadar kepekatan yang saya kongsikan dalam jadual di atas.

Teknik Pemberian Baja AB Anak Pokok Cili

Jadi, pemberian baja AB ini perlu diberikan terus kepada zon akar. Bermakna tidak boleh diberikan secara semburan seperti kaedah siraman air kosong di atas.

Saudara perlu sediakan kolam takungan seperti gambar berikut:

Kami hanya gunakan apa yang ada iaitu:

  1. Atap zinc
  2. 4 batang kayu yang siap dipotong ikut ukuran
  3. Plastik Silvershine

Kaedah rendaman ini lebih selamat dan tidak menyebabkan kerosakan pada daun anak pokok cili. Pastikan ketinggian aras air tersebut hanya separuh sahaja daripada ketinggian dulang semaian.

Hanya perlu buat rendaman selama 3-5 minit untuk setiap dulang. Air baja tersebut akan diserap oleh peatmoss melalui lubang dulang semaian yang berada di bawah.

Boleh lakukan pemberian air baja ini pada setiap pagi dan setiap hari bermula hari ke-15 sehingga sebelum pindah tanam atau selang seli, hari ini baja, esok air kosong.

Pada waktu petang hanya buat semburan air kosong sahaja.

Mudahkan? Seandainya saudara mendapati artikel ini sangat bermanfaat, kongsikan bersama-sama teman anda.

https://www.cilibangi.com/blog/panduan-menanam-pokok-cili-di-dalam-pasupolibag/

KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

10 Komen
  1. Azhan.co berkata

    Pokok cili ni nampak macam senang tanam.. Tapi bila saya tanam dia asyik mati je.. Ke terlebih baja?

    1. Fikri Mastor berkata

      Penanaman pokok cili ini adalah secara intensif. Banyak faktor yang menyebabkan pokok bermasalah. Boleh Tuan kongsikan gambar pokok yang ditanam di dalam group Cilibangi. https://www.facebook.com/groups/tanamcilibangi/

      1. Mihd berkata

        Salam saudara rendaman baja ab utk anak pokok 15 hari ke 30 hari itu.Baja ab lepas rendaman tu boleh digunakan semula atau baja ab yg baru setiap 2 hari .

        1. Fikri Mastor berkata

          Waalaikumsalam, boleh guna lagi tuan. Cuma perlu semak kepekatan air yang digunakan tadi, masih sama atau berkurangan.

  2. Mihd berkata

    Salam saudara rendaman baja ab utk anak pokok 15 hari ke 30 hari itu.Baja ab lepas rendaman tu boleh digunakan semula atau baja ab yg baru setiap 2 hari .

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam, boleh guna lagi tuan. Cuma perlu semak kepekatan air yang digunakan tadi, masih sama atau berkurangan

    2. Abd Razak Alias berkata

      Anak cili yag telah dipindahlan ke polibag, berapa kerap anak polok dalam polibag ini perlu siraman air tawar.

      1. Fikri Mastor berkata

        Tuan Abd Razak Alias yang dihormati,

        Kekerapan siraman air tawar tersebut apa ya? Jika tuan maksudkan air kosong, biasanya jika kita sudah buat aktiviti rendaman pada waktu pagi, pada waktu petang kita beri air kosong.

        Jika tuan maksudkan air baja, bermakna bermula dari hari ke-15 kita beri air baja AB ini sehingga umur cecah 30 hari, kita akan rendam air baja setiap pagi.

  3. Hashimah berkata

    Pokok cili saya jadi mcm putih putih macam ada hama. Apa kaedah terbaik utk buang benda putih tu

    1. Fikri Mastor berkata

      Puan Hashimah yang dihormati, kami gunakan repellente 1 untuk mengawal serangan serangga tersebut:
      https://shp.ee/tk329t3