Lihat Cara-cara Buat Mini Fertigasi Di Rumah
Sistem siraman pokok secara automatik dan teratur.
Buat mini fertigasi di rumah bukan lagi perkara sukar. Tiada lagi kerisauan pokok tidak bersiram dengan sistem fertigasi.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Buat mini fertigasi di rumah bukan lagi perkara yang rumit. Sekarang segalanya mudah dengan panduan yang kami berikan di bawah.
Sistem ini mampu memudahkan pengurusan tanaman Tuan dan Puan di rumah.
Dalam tempoh 1 jam, Tuan dan Puan akan dapat menghasilkan sistem siraman yang dilengkapi dengan elemen pembajaan.
Urusan kerja di luar kawasan dan pulang bercuti di kampung tidak terganggu.
Saudara dan keluarga dapat fokus pada percutian. Tiada kerisauan pokok di rumah tidak bersiram apabila saudara bercuti.
Mudah dan efektif kan. Berikut saya sertakan panduan video cara-cara memasang mini fertigasi ini.
Untuk makluman, ada beberapa video yang berasingan.
Ini bagi mengelakkan Tuan dan Puan keliru dengan setiap komponennya. Sebarang persoalan boleh diajukan di ruangan komen atau isi borang di sini.
Video Pemasangan Sistem Tangki Mini Fertigasi
Video ini bakal menerangkan pemasangan sistem tangki yang ringkas dan mudah.
Injap pelampung tersebut akan bersambung terus dengan punca air. Boleh guna sama ada air paip atau air bawah tanah (tube well).
Setiap kali air diisi penuh, sumber air masuk perlu ditutup. Ini bertujuan untuk mengelakkan kepekatan baja terganggu.
Video ketiga nanti saya akan paparkan kaedah membancuh baja tanpa menggunakan EC Meter.
Kiraan minimum saiz tangki adalah mengikut bilangan polibag. Biasanya pokok cili dewasa memerlukan 2.5 liter air.
Contoh situasi, saudara ada 20 polibag. 2.5L darab 20 polibag = 50L air diperlukan sehari.
Jadi, saudara perlu sediakan tong air baja minimum 50L. Lagi besar saiz tangki, lagi baik.
Lagi banyak air yang boleh kita sediakan pada pokok cili. Tidak perlu setiap hari kita isi air baja.
Video Pemasangan Sistem Paip & Tapak Tanaman
Video ini menunjukkan kaedah pemasangan paip fertigasi dan polibag yang disusun secara menegak.
Pemasangan kaedah lain juga boleh digunakan.
KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN MINI FERTIGASI
Jika polibag lebih dari 20 polibag, sangat digalakkan untuk membuat sistem yang berangka segi empat.
Ini bertujuan memastikan tekanan air sekata di setiap polibag.
Dikhuatiri jika masih menggunakan kaedah di dalam video di atas akan menyebabkan tekanan air jauh berbeza di setiap polibag.
Dengan kaedah dan sistem paip di atas(sistem paip tertutup), kita dapat mengelakkan kadar pertumbuhan pokok yang tidak seragam.
Semua pokok akan mendapat bekalan air dan baja yang sama.
Namun, di dalam gambar ini saya label penggunaan paip 32mm. Sebagai contoh, saudara mahu menggunakan polibag hanya sekitar 30 polibag, tidak perlu menggunakan paip 32mm.
Kekalkan paip 16mm, cuma perlu ubah saiz tangki sahaja.
Jadi, jika tanaman saudara sudah melebihi 20 polibag, saya sarankan rangka paip tersebut mengikut gambar yang saya lampirkan.
Video Bancuh Baja AB Tanpa EC Meter
Berikut adalah cara-cara membancuh baja AB yang sudah siap sedia untuk dicairkan.
Untuk makluman saudara, ada dua jenis baja AB yang berada di pasaran. Satu dalam bentuk cecair, dan satu lagi dalam bentuk serbuk.
Baja AB cecair ini sudah siap sedia untuk di bancuh seperti di dalam video.
Namun, baja AB serbuk ini perlu dilarutkan di dalam air terlebih dahulu mengikut saiz yang ditetapkan.
KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN MINI FERTIGASI
Biasanya dipek dalam saiz 10L, 50L, 100L. Sebagai contoh 10L, ini bermaksud baja tersebut perlu dibancuh dengan air 10L.
Jadi, saudara akan mendapat stok baja cecair yang pekat sebanyak 10L, siap sedia untuk dicairkan sebelum digunakan pada siraman pokok.
Berikut saya sertakan video melarutkan baja AB serbuk menjadi baja AB cecair.
Video Melarutkan Baja AB Serbuk Menjadi Cecair
Video ini bagi melarutkan baja yang dipekkan secara serbuk. Biasa dilabelnya tertulis untuk bancuhan 10L, 50L atau 100L.
Jika saudara tidak tahu kaedah melarutkan baja tersebut menjadi cecair, ini adalah video yang wajib ditonton.
Video Cara-cara Menyelaraskan Timer
KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN MINI FERTIGASI
Video ini menunjukkan cara-cara untuk menjadualkan waktu siraman mengikut masa yang telah ditetapkan.
Video ini wajib ditonton bagi mereka yang tidak tahu menyelaraskan masa di dalam alat pengatur masa (timer).
Bagaimana cara nak dapatkan set mini fertigasi cilibangi?
- Boleh dapatkan mini fertigasi di kedai online Shopee Cilibangi atau di cilibangi.com.
- Peralatan ini juga boleh didapati di kedai fizikal kami di Serotech Education Farm, Kajang Selangor.
- Kelengkapan ini mudah diperoleh di kedai pertanian atau di sesetengah nurseri yang menjual anak pokok.
- Klik PM Cilibangi untuk berhubung terus dengan pegawai Cilibangi. Kami akan bantu anda.