Lihat Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Besar / Cili Api Di Dalam Polybag
Proses pindah tanam anak pokok cili memerlukan pemerhatian yang tinggi.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Proses ini perlu dilakukan dengan cermat. Ini bertujuan untuk mengelakkan akar pokok yang sangat sensetif ini daripada rosak. Jika salah cara proses pemindahan, ini akan menyebabkan proses pertumbuhan pokok terjejas.
Simptom yang biasa kelihatan adalah pada keesokan harinya. Saudara akan melihat anak pokok tersebut kelihatan layu dan tidak mahu pulih seperti pokok yang sihat.
Seandainya berlarutan, ini akan menyebabkan pembaziran baja terus berlaku. Sebaiknya, anak pokok tersebut disulam (diganti) dengan anak pokok yang baru.
Penerangan proses pindah tanam secara bergambar boleh dirujuk di dalam artikel Pindah Tanam Anak Pokok Cili. Diharapkan artikel ini dapat membantu saudara melaksanakan aktiviti pindah tanam anak pokok cili dengan lebih cermat dan selamat.
Soalan: Adakah teknik ini sama bagi semua jenis cili?
Jawapan: Teknik ini adalah sama bagi semua jenis cili, baik cili besar mahupun cili api atau cili padi.
Soalan: Pada jam berapa sesuai pindah tanam?
Jawapan: Proses pindah tanam digalakkan dibuat pada lewat petang sekitar jam 3 petang dan ke atas. Ini bertujuan memberi peluang kepada pokok untuk berehat sebelum memulakan aktiviti fotosintesis pada esok hari.
Sebarang persoalan, boleh hantarkan gambar atau video di dalam Group Facebook Tanam Cilibangi.
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.